Dental Check-up Tadika Dzul Iman Seksyen 4 Shah Alam.
Alhamdulillah, pada 24 Julai 2026 yang lalu, Khalifah di Tadika Dzul Iman Smart Khalifah Seksyen 4 telah menerima kunjungan daripada Pegawai Kesihatan Pergigian Seksyen 7 bagi menjalankan pemeriksaan kesihatan gigi. 
Lawatan ini memberikan pendedahan awal kepada anak-anak tentang kepentingan menjaga kebersihan gigi melalui sesi penerangan, kuiz interaktif, pemeriksaan gigi serta latihan menggosok gigi bersama. 

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini. 
Semoga usaha murni ini dapat memupuk kesedaran dalam diri setiap Khalifah untuk sentiasa mengamalkan penjagaan kesihatan pergigian dan membentuk gaya hidup yang sihat sejak kecil, insya-Allah. 

Smart Khalifah! Choose to be good.







