Terkini

Tadika Dzul Iman Smart Khalifah Seksyen 2 adalah merupakan sebuah Tadika Shah Alam yang berlokasi di;

No. 10, Jalan Bunga Kenanga 2/1, Seksyen 2, 
40000, Shah Alam, Selangor, Malaysia. 

Ia merupakan salah sebuah Tadika Islam yang menggunakan bahasa Inggeris dan Melayu sebagai bahasa pengantaraan. Sesi persekolahan waktu pagi bermula pada jam 8.30 pagi sehingga jam 12.00 tengahari. Dzul Iman Smart Khalifah juga adalah merupakan Pusat Asuhan dan Perkembangan Kanak-Kanak. Sesi petang diteruskan sehingga jam 5.30 petang. Guru-guru terdiri daripada guru tetap kelas, pembantu guru serta guru pelatih. Penyampaian pengajaran kebanyakaanya dilakukan dalam bentuk yang menarik seperti nyanyian Lagu Tadika.

Sebagai salah satu Tadika di Shah Alam yang menitikberatkan soal adab budaya, hormat-menghormati dan mementingkan ilmu akademik serta ko-kurikulum, guru-guru akan sentiasa memastikan mereka sentiasa mempunyai komunikasi yang terbaik dengan para ibu bapa. Tadika ini mengambil berat tentang pendidikan Islam yang pastinya berpaksikan Al-Quran dan sunnah. Kami sedaya-upaya mencuba untuk menjadi salah satu Pusat Asuhan yang berpotensi melahirkan anak yang tinggi keyakinan diri, berkepimpinan melalui kaedah yang Didik Cara Nabi. Cita-cita dan misi kami diselitkan dalam Lagu Tadika kami.