🕌PROJEK BUBUR LAMBUK 🌙✨

 Alhamdulillah telah berlangsung dengan jayanya program kerjasama ibu bapa iaitu “Projek Bubur Lambuk” bagi menyemarakkan Ramadan 1447H / 2026. 🌙

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat, khususnya kepada para ibu bapa yang menunjukkan komitmen serta kerjasama yang sangat mengagumkan dalam menyediakan bahan-bahan masakan bubur lambuk pada Ramadan kali ini. 🤝 Alhamdulillah, bubur lambuk yang telah siap dimasak berjaya diedarkan kepada para khalifah dan anak-anak taska, jiran tetangga Taska & Tadika, serta jemaah berbuka puasa di Masjid Seksyen 7 dan Surau Al-Ansor Seksyen 2. Semoga usaha kecil ini menjadi asbab kebaikan, mengeratkan ukhuwah dan menyemarakkan lagi semangat berkongsi rezeki di bulan yang penuh keberkatan ini. ✨ Insya-Allah kita akan terus mengimarahkan Ramadan bersama pada masa akan datang. 🥰🌷✨ #dzulimansmartkhalifah #dzulimankindnesshavenshahalam #choosetobegood #shineonkhalifah #tadikashahalam