Alhamdulillah, telah selesai sesi ZON SI KECIL BERFIKIR

🌟
“Bayi Kecil Di Padang Pasir” 🐪🌴
Sempena bulan Zulhijjah yang penuh keberkatan 🤍, Khalifah telah mengikuti program yang menyeronokkan sambil menyemai nilai pengorbanan dan kasih sayang 💕. Khalifah juga diperkenalkan dengan dua nama Nabi iaitu Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S 🌙, seterusnya dapat menghayati serta mengambil pengajaran daripada kisah sirah yang disampaikan 📖✨.
Bukan sekadar mengenang sejarah, program ini juga membantu membentuk hati Khalifah agar sentiasa memilih perkara yang baik dan diredhai Allah 🌙✨. Antara pengisian menarik termasuk sesi bercerita kisah Nabi Ismail A.S dan telaga yang diberkati 💧, tadabbur ringkas Surah Al-Kauthar 📖, serta aktiviti seni & kraf menghasilkan Kaabah mini 🕋. Khalifah di setiap cawangan Tadika Dzul Iman turut sama mengikuti program ini secara dalam talian melalui aplikasi Zoom dan TikTok Live📱💻.
Semoga setiap ilmu dan pengalaman hari ini menjadi benih kebaikan 🌱 yang membesar dalam jiwa Khalifah, seterusnya melahirkan generasi yang beriman, berakhlak mulia dan cinta kepada Allah 🤲💖.
Smart Khalifah ! Choose to be good 🎉