Selamat Datang ke Tadika Dzul Iman Smart Khalifah Shah Alam

Tadika Dzul Iman Smart Khalifah Seksyen 2 adalah merupakan francaisi Dzul Iman Smart Khalifah. Tadika yang berlokasi di Shah Alam ini boleh dikunjungi secara temu janji di;

No. 10, Jalan Bunga Kenanga 2/1, Seksyen 2, 
40000, Shah Alam, Selangor, Malaysia. 

Merupakan salah sebuah Tadika Islam secara inspirasinya, menggunakan gabungan skrip bahasa Inggeris dan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantaraan. Sesi persekolahan bermula pada jam 7.30 pagi sehingga jam 12.00 tengahari. Tadika Dzul Iman Smart Khalifah juga adalah merupakan Pusat Asuhan dan Perkembangan Kanak-Kanak. Proses diteruskan pada sesi petangnya ditadika. Sesi petang bermula pada jam 12 tengahari sehingga jam 6.00 petang. Kakitangan terdiri daripada guru kelas, pembantu guru kelas serta guru pelatih. Penyampaian pengajaran secara interaktif dilakukan dalam bentuk yang menarik serta memerlukan pergerakan, nyanyian Lagu Tadika, permainan dan kuiz mengikut kaedah khalifah serta didik mengikut sunnah Nabi. 

Sebagai salah satu Tadika di Shah Alam yang menitikberatkan penjagaan adab sebagai Muslim, hormat-menghormati dan mementingkan ilmu akademik serta ko-kurikulum, guru-guru sentiasa cuba memastikan komunikasi yang terbaik berlaku antara guru dan para ibu bapa. Tadika ini mengambil berat tentang pendidikan Islam yang berteraskan tadabbur dari Al-Quran dan sunnah dan sentiasa memastikan guru-guru terpilih mendapat kemahiran secukupnya melalui kursus yang diadakan oleh pihak HQ pada setiap bulan. Kami sedaya-upaya mencuba untuk menjadi salah satu Pusat Asuhan yang berpotensi melahirkan anak yang tinggi keyakinan diri, berkepimpinan bagi memastikan misi visi utama iaitu berjaya di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat. Cita-cita dan misi kami turut diselitkan dalam Lagu Tadika serta ikrar yang dibaca pada setiap waktu perhimpunan tadika.

Lawati dan LIKE kami di Facebook, ketahui update terkini kami di https://www.facebook.com/pages/Dzul-Iman-Smart-Khalifah-Seksyen-2/165952303542255
Tonton video kami di Youtube