😞💔SEBAK... PERJALANAN BEBERAPA TAHUN YANG PENUH MAKNA BERSAMA MEREKA

Mata bermula dengan linangan air mata gembira, namun diakhiri dengan rasa sebak yang mendalam. Selesai sudah Majlis Graduasi Tadika Dzul Iman yang berlangsung dengan penuh gilang-gemilang di Nexus, Putrajaya.
Namun, di sebalik tirai pentas yang indah tempoh hari, ada satu rasa yang sukar untuk kami ungkapkan dengan kata-kata…
Rasa hiba sebuah perpisahan.
Buat Ibu Bapa dan Penjaga yang dikasihi,
Terima kasih.
Terima kasih atas segala titisan keringat, sokongan tanpa berbelah bahagi, dan kerjasama yang sangat luar biasa dalam menjayakan majlis graduasi anak-anak kita.
Kami tahu, bukan mudah untuk memberikan komitmen di tengah kesibukan harian. Namun, demi melihat senyuman di wajah si kecil memakai jubah graduasi, ayah dan ibu korbankan segalanya.

Kerjasama anda adalah nadi kekuatan kami. Tanpa anda, majlis di Nexus Putrajaya tidak akan seindah ini. Allah sahaja yang mampu membalas jasa baik kalian.
Buat barisan Pendidik & Assatizah yang berjiwa kental, pandanglah wajah anak-anak ini buat kali terakhir sebelum mereka melangkah pergi.
Terima kasih atas setiap saat yang murni, setiap kesabaran yang tidak pernah bertepi. Daripada anak-anak ini tidak tahu memegang pensel, tidak pandai mengurus diri, sehinggalah hari ini mereka celik Al-Quran, tahu menjaga adab, dan bersedia bergelar 'Khalifah' kecil.
Menatap air mata guru-guru yang tumpah di dewan tempoh hari, kami tahu betapa dalamnya kasih sayang yang telah dicurahkan sepanjang tahun-tahun yang berlalu. Jasa dan ilmu yang assatizah titipkan akan menjadi bekalan paling berharga buat mereka menempuh alam sekolah rendah tidak lama lagi.
Anak-anak kami di Dzul Iman Seksyen 2…
Pejam celik, masa untuk anakanda meninggalkan sarang ini sudah tiba. Selepas ini, tiada lagi suara riuh-rendah mereka membaca doa makan bersama, tiada lagi gelak tawa di dewan dan kelas Seksyen 2.


Melangkahlah dengan penuh yakin ke sekolah rendah nanti, sayang. Bawalah karakter Smart Khalifah yang telah disemai di dalam dada kamu. Doa kami sentiasa mengiringi setiap langkahmu.
Teruskan budaya Dzul Iman dimana-mana:
Salam
Senyum
Selawat

⚠️ NOTIS PENTING: Pengambilan murid baharu kini sedang berjalan dengan sangat rancak. Untuk bulan ini, hanya tinggal 25 KEKOSONGAN SAHAJA untuk pendaftaran. Pakej komprehensif kami meliputi Taska, Tadika, Transit & Tuisyen di bawah satu bumbung demi kemudahan ibu bapa bekerja.

Jangan biarkan slot anak anda terlepas .....
🔗 Hubungi ; 019-614 1672
📍 Lokasi: Seksyen 2, Shah Alam, Selangor.