Selamat Datang Ke Tadika Shah Alam



Tadika Dzul Iman Smart Khalifah Seksyen 2 dan Seksyen 4 adalah merupakan sebuah Tadika Shah Alam yang telah beroperasi sejak 2012 dan berlokasi di;

No. 10, Jalan Bunga Kenanga 2/1, Seksyen 2, 
40000, Shah Alam, Selangor, Malaysia. 

No.1, Jalan Rambai 4/7E, Seksyen 4, 
40000 Shah Alam, Selangor.

Mengenai Dzul Iman Smart Khalifah Seksyen 2 dan Seksyen 4

Dzul Iman Smart Khalifah ialah sebuah institusi pendidikan awal kanak-kanak yang komited menyediakan persekitaran pembelajaran yang selamat, ceria dan kondusif untuk perkembangan anak secara menyeluruh.

Dengan pengalaman pengusaha selama 16 tahun dalam bidang taska dan tadika, kami percaya setiap anak mempunyai potensi tersendiri yang perlu dibimbing dengan ilmu, kasih sayang dan pendekatan yang bersesuaian dengan tahap perkembangan mereka.

Kami menggabungkan pembelajaran akademik, penghayatan Al-Quran, pembentukan adab dan nilai murni serta aktiviti pembelajaran melalui bermain bagi membantu anak membina keyakinan diri, kreativiti, kemahiran berfikir dan sikap positif.

Matlamat kami bukan sekadar menyediakan anak untuk memasuki alam persekolahan, tetapi membentuk generasi yang berilmu, berakhlak mulia, berdikari dan mampu membuat pilihan yang baik dalam kehidupan.

Di Dzul Iman Smart Khalifah Seksyen 2 dan Seksyen 4, kami bekerjasama dengan ibu bapa untuk memastikan setiap anak mendapat sokongan terbaik dalam perjalanan tumbesaran dan pembelajaran mereka.

Dzul Iman Smart Khalifah — Choose To Be Good!



Tadika Shah Alam | Tadika Islam | Dzul Iman Smart Khalifah | Pusat Asuhan | Lagu Tadika